Friday, September 13, 2013

Undi Dato Sri Shafie Apdal Untuk Kekal Naib Presiden UMNO

Senang saja begini, kalau ada penyokong tegar UMNO yang berusaha untuk menolak kepimpinan Dato Sri Shafie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO itu bermakna kalian sedang berusaha untuk memusnahkan UMNO.

Tidak ada alasan yang boleh dilogikkan, untuk menafikan kepimpinan Dato Sri Shafie sebagai Naib Presiden UMNO.

Di era ini, Untuk mencari pemimpin yang komited lagi rajin seperti Dato Sri Shafie Apdal memang agak sukar, kalau adapun, mereka hanya rajin membuat kerja kerja pejabat tapi tidak seperti beliau yang sanggup hadir ke pelusuk kampung di seluruh negara demi melaksanakan pelbagai frasarana yang dirancang oleh kerajaan. Sekaligus memberi perhatian pada marhaen, dan ini yang sebenarnya dikehendaki oleh masyarakat marhaen, perhatian penuh dari pemimpin mereka.

Oleh itu kalian sebagai ahli yang bakal memilih tunggak dalam organisasi UMNO, pilihlah pemimpin sepertinya Dato Sri Shafie Apdal yang mampu menguatkan pengaruh UMNO di mata marhaen. Sekaligus memenangkan UMNO/BN di Pilihanraya yang akan datang.

Ingat PR sedang memerhatikan pemilihan UMNO dengan penuh minat dan pasti mereka berharap agar wakil dari Sabah yakni Dato Sri Shafie Apdal tidak tersenarai dalam barisan kepimpinan UMNO dan andai itu berlaku maka ruang dan peluang PR untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri Sabah dan Sarawak akan lebih terbuka dan memungkinkan PR boleh di terima oleh sebahagian masyarakat marhaen di dua negeri tersebut. Yang akhirnya Sabah dan Sarawak akan bukan lagi simpanan tetap kepada BN.

By Jalin Luin

No comments:

Post a Comment