Tuesday, November 17, 2009

Risda boleh beroperasi di Sabah - Sumber Berita Harian

KOTA KINABALU: Kabinet Sabah semalam memutuskan memberi kebenaran kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) beroperasi di negeri itu, sejajar matlamat meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya pekebun kecil mulai tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata agensi kerajaan itu akan melaksanakan program pembangunan tanah dan penanaman semula getah, selain memberi bimbingan dan khidmat nasihat.

Beliau berkata, kehadiran Risda di Sabah tidak bertindih dengan agensi kerajaan negeri, iaitu Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), sebaliknya kedua-dua pihak akan bekerjasama membantu memajukan ekonomi pekebun kecil getah.

“Risda juga akan mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil getah yang tidak tertumpu kepada industri getah tetapi lebih menjurus kepada penternakan haiwan ruminan serta penanaman cili dan sayur.

“Pekebun kecil juga terbabit dengan program pembangunan isi rumah pekebun kecil merangkumi peningkatan tahap pendidikan anak menerusi tuisyen dan biasiswa pendidikan Risda,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri di Wisma Inno-prise di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, semua baki pinjaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri yang dipohon sebelum 2000 untuk membina kemudahan sosial ditukar kepada geran berkuat kuasa serta-merta. Katanya, keputusan itu dibuat kerana semua pinjaman projek berkenaan tidak memberi sebarang pulangan kepada dewan bandaraya, majlis perbandaran, lembaga bandaran dan majlis daerah.

Monday, November 16, 2009

Selamat Menunaikan Fardu Haji DSSA

Assalammualaikum,

Saya memohon maaf kepada semua kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan sehingga kurang masa terluang untuk meneruskan coretan dalam blog ini. Buat masa ini saya masih mencari beberapa individu untuk membantu saya dalam mengendalikan blog ini.

Bagi saya biarlah kelab DSSA ini lebih menarik dengan pertolongan beberapa individu yang sanggup membantu mencurahkan khidmat dan bakti untuk menulis laporan, rencana dsb.

Diharap usaha kita ini akan dapat memberi galakan dan dorongan untuk DSSA berkerja lebih kuat membantu bangsa, agama dan rakyat malaysia secara keseluruhannya. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah e-mailkan kepada saya resume anda ke azmie7780@gmail.com.

Buat pengetahuan semua DSSA akan menunaikan Fardu Haji ke Mekah...insyaallah pada 16/nov ini. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah melindungi beliau sekeluarga. Amin

Sunday, April 12, 2009

DSSA dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

Assalammualaikum

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada DSSA kerana telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Pelbagai jabatan dibawah kementerian ini seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Institut kemajuan desa (Infra), Jabatah hal ehwal orang asli dan yang terbaru MARA.

Memegang jawatan sebagai menteri PLB&W ini dilihat sebagai satu penghargaan terhadap DSSA dan negeri Sabah amnya. Ini kerana penduduk sabah khususnya semporna ingin melihat pembangunan yang lebih pesat dapat direncanakan oleh DSSA.

Saturday, April 4, 2009

Tidak ada lagi kebebasan intelektual dalam berpolitik di Malaysia

Sebelum Pilihan Raya Umum ke 12, unsur - unsur hasutan, cercaan dan fitnah cuma berlaku di negeri-negeri tertentu apabila berkempen. Namun menjelang dan lebih teruk lagi selepas PRU ke12, unsur-unsur ini semakin berleluasa dan rakyat malaysia seakan-akan membenarkan perkara ini. Ini lebih cendrong di lakukan sebilangan pihak yang ingin memanipulasi minda rakyat agar menyokong mereka. Mencerca, memaki hamun, mengutuk, bahkan mungkin memfitnah lawan yang tidak sealiran atau sependapat dengan mereka. Jika ini menjadi amalan politik di malaysia, maka secara simboliknya nilai-nilai intelektual bagi mereka yang membenarkannya berada ditahap yang paling rendah sekali. Amalan politik kotor ini telah merampas kebebasan intelektual dalam berpolitik di malaysia. Ada diantara mereka ini yang di jemput sebagai pensyarah universiti terkemuka diluar negara, lulusan agama dan golongan profesional. Tetapi apa sudah jadi dengan anda. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Bercakap mengenai ungkapan "Matlamat tidak menghalalkan cara" ini saya teringat kepada ustaz saya semasa di sekolah dulu. Ustaz saya ni mengajar subjek agama iaitu Pendidikan Al-Quran Dan Sunnah. Di pendekkan cerita, dalam kelas ustaz saya ni sempat pula berkempen politik. Beliau selalu merujuk kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu sebagai kerajaan taghut(kafir). Semasa itu Dato' Seri Anuar Ibrahim masih lagi dalam kerajaan dan UMNO. Walaupun ada kebaikan yang dilakukan kerajaan ketika itu tetapi menurut pendapat beliau tetap salah. Kerana kerajaan yang ada bukan kerajaan islam tetapi kerajaan taghut (kafir). Matlamat tidak menghalalkan cara katanya.

Senario yang terjadi sekarang, mungkin pemimpin dan para penyokong golongan ini beranggapan bahawa sudah tiba masanya matlamat menghalalkan cara. Dimanakah nilai ilmu yang diajar kepada saya tadi. Walaupun saya fikirkan ketika dibangku sekolah untuk tidak membenarkan apa yang ustaz saya katakan kepada kami semua. Tetapi nilai kepercayaan ustaz saya cuba ajar kepada kami seperti tidak mengikuti tradisi para ilmuan kita yang terdahulu. Kalau ustaz terbaca coretan saya ini, saya pohon halalkan segala ilmu yang ustaz sampaikan. Melalui perbezaan ini kita mencari titik pertemuan. Semoga usaha kita diberkati Allah.

Politik berlandaskan intelektual bagi saya ialah melalui ilmu. Ilmu-ilmu itu seperti ilmu politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi, perpaduan dan banyak lagi. Jangan dimomokkan kepada rakyat perkara yang tidak masuk akal. Rakyat kita hari ni pun sudah ramai yang berilmu. Apabila mendengar sesuatu isu, saya percaya mereka akan selidik dulu. Janganlah sensasikan sesuatu dengan cara "Cukup kerusi lompat nanti kita akan memerintah". Meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan tidak menentu. Berpolitiklah dengan dengan rasa ikhlas bukan berpolitik dengan cara "gunalah apa cara sekalipun YANG PENTING MENANG".

Sekian

Friday, April 3, 2009

Najib PM ke 6


Baru sebantar tadi selesai sudah majlis mengangkat sumpah Dato' Seri Najib Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 serta sumpah taat setia dan simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10:12 pagi tadi. Turut hadir sama ialah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir Mohammad bersama isteri serta para menteri kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Dengan ini sahlah Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Serentak dengan majlis ini juga ialah pergurniaan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), yang juga anugerah tertinggi negara kepada Abdullah Ahmad Badawi dan Seri Setia Mahkota (SMM) kepadaJeane Abdullah yang membawa gelaran Tun.

Majlis penyerahan tugas perdana menteri pula dijangka akan dilakukan pada pukul 3 petang ini di Putrajaya.

http://tuahmoden.blogspot.com/2009/04/najib-mengangkat-sumpah-sebagai-pm-ke6.html

Tun Mahathir ingin hadir Majlis Angkat Sumpah Najib

Menurut satu sumber yang rapat dengan Tun, Mantan Perdana Menteri itu melahirkan hasrat untuk menghadiri majlis angkat sumpah Dato' Seri Najib sebagai perdana menteri malaysia yang ke-6 di istana negara hari ini.

"Saya tidak tahu sama ada saya dijemput atau tidak. Tetapi, jika dijemput, saya akan hadir," katanya ketika diminta mengulas pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga akan menyokong sebarang usaha Najib dalam pembentukan barisan Kabinetnya barunya yang dikatakan lebih kecil dari sekarang.

Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan ucapan kepada Alternative G20 Agenda: Real Financial Fairness di Royal Commonwealth Society sebelum bertemu dengan pelajar Malaysia di Malaysia Hall semalam.

Thursday, April 2, 2009

Terima kasih DSSA kepada Pak Lah

Ucapan penghargaan & terima kasih Dato' Seri Shafie Apdal kepada PM pada masyuarat terakhir kabinet Pak Lah

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, "Abdullah berharap semua jemaah menteri dapat menunaikan tanggungjawab dan meneruskan dasar-dasar yang telah beliau laksanakan".

“Beliau sebut apa yang harus dilakukan dan kita juga mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah memberi ruang dan peluang untuk berkhidmat bersama beliau,” katanya. Petikan dari Utusan Malaysia

Masyuarat kabinet terakhir Pak Lah



Semalam adalah mesyuarat Kabinet yang terakhir dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya itu, Abdullah turut menandatangani dokumen minit mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Upacara itu yang merupakan simbolik tanda bertukarnya pengerusi untuk mesyuarat Kabinet selepas ini, turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib dan menteri-menteri Kabinet. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.- utusan malaysia

Najib angkat sumpah esok


PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri diadakan jam 10 pagi esok di Istana Negara, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini, Mohd Sidek berkata, Tuanku Mizan berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama Najib menghadap Seri Paduka jam 10 pagi ini untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

Beliau berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam bahawa Seri Paduka sudah memberi perkenan itu ketika beliau menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat mingguan Kabinet.

"Yang di-Pertuan Agong juga sudah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara," kata kenyataan itu. - Bernama

Tuesday, March 31, 2009

Shafie: Sabah Umno a force to be reckoned with

KUALA LUMPUR: There was a time when Sabah Umno members were regarded as lackeys of Peninsular Malaysians. There was also a time when they could not even rent halls to hold gatherings and had to plead for support from the people in the eastern state.
Pioneer Sabah Umno member Datuk Seri Shafie Apdal, who is now party vice-president, said they have come a long way from when the party first set foot in the state in 1990.

"Now the party has grown to become a formidable force in the state and has helped bridge Malaysians throughout the country," he said in his winding-up speech.

Shafie said Sabah Umno rose to the occasion when it helped Barisan Nasional remain as administrators of the country by winning big in the 12th general election last year.

"I think this was translated into votes for leaders from Sabah in the party elections, and for that we are grateful."
But he said unfavourable results of the last general election in other states had served as a wake-up call for the party -- that it needs changes and reforms, he said.

"Umno must reach out to the people and serve them.

"We should not be issue-oriented, but service-oriented for the sake of the party's survival.

"To remain relevant, we must become the Number One choice party of the country and changes and reforms must be made without delay."

Monday, March 30, 2009

Shafie: Perjuangan Umno harus berpaksikan perkhidmatan

KUALA LUMPUR; Anggota Umno perlu mendaulatkan perjuangan parti itu dengan menjadikannya sebagai sebuah parti yang berpaksikan perkhidmatan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie: "Perjuangan Umno harus berpaksikan perkhidmatan"

Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata anggota Umno harus menumpukan usaha untuk memenuhi kehendak rakyat walaupun lebih mudah bagi mereka untuk menggunakan isu isu semasa sebagai alasan perjuangan parti.

"Hari ini kita dilanda pelbagai isu. Umno hari ini perlu memilih sama ada parti ini "berpaksikan isu" atau pun "berpaksikan perkhidmatan".

"Umno perlu berkhidmat kepada rakyat," katanya ketika berucap menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Shafie berkata parti itu boleh memberi fokus kepada isu tetapi dengan berbuat demikian, keperluan dan kemahuan rakyat pada hari ini tidak akan dapat dipenuhi oleh Umno.

Selain itu, katanya, parti itu harus mengkaji semula hala tujunya kini kerana kebanyakan daripada generasi muda sekarang telah lari dari perjuangan parti.

Katanya oleh itu Umno haruslah menyelami kehendak dan selera anakanak muda dan mewujudkan "makna ikatan" dengan mereka dalam menyemai semangat perjuangan parti.

"Kita harus lahirkan satu pendekatan di mana perjuangan Umno adalah perjuangan generasi anakanak muda kita juga," katanya. BERNAMA

Keputusan Pemilihan Agung UMNO 2009


Pengerusi Tetap : Datuk Paduka Badruddin Amiruldin
Timbalan Pengerusi Tetap : Datuk Mohamad Aziz

Presiden : Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak
Timbalan Presiden : Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Naib Presiden :

1. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
2. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
2. Dato' Seri Hj.Mohd Shafie bin Hj. Apdal

Pengerusi Tetap Wanita : Tan Sri Napsiah Omar
Tim. Pengerusi Tetap wanita : Senator Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd

Ketua Wanita : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Naib Ketua Wanita : Datuk Kamilia Ibrahim

Pengerusi Tetap Pemuda : Datuk Abdul Fattah Abdullah
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda : Muhammad Yadzan Mohammad

Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Naib Ketua Pemuda : Datuk Razali Ibrahim

Pengerusi Tetap Puteri : Azlieza Azizan
Timbalan Pengerusi Tetap Puteri : Hasspalela Mohammad Hassan

Ketua Puteri : Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Naib Ketua Puteri : Shahanim Mohamad Yusof


Follower

Assalammualaikum,

Memandangkan blog ini masih lagi baru, mohon sekiranya di hebahkan kewujudan blog Kelab Dato' Seri Shafie Apdal ini kepada semua. Marilah kita berramai - ramai memberi sokongan kepada DSSA dan berdoa agar beliau menjalankan tanggung jawabnya dengan sabar dan dedikasi. Semoga sokongan kita yang tidak seberapa ini menjadi sumber kekuatan untuk DSSA berkhidmat kepada rakyat dengan lebih kuat.

Kepada yang baru mengenali dunia blog, sila cari ikon followers untuk mendaftar (sign in) dan mengikuti perkembangan terbaru DSSA dalam blog ini. Kepada yang berminat untuk menjadi editor blog ini sila emailkan biodata anda kepada penulis untuk pengesahan. email - azmie7780@gmail.com. Penulis akan memasukkan anda sebagai salah seorang editor untuk blog ini. Langkah seterusnya, anda boleh menulis artikel dan pandangan di blog ini dengan hanya log in dan boleh post artikel di mana sahaja. Sokongan anda amat di hargai.

Sekian Terima kasih.

Tahniah...


Tahniah....

Bersyukur kehadrat Allah kerana atas izinnya DSSA berjaya dan terpilih sebagai Naib President UMNO yang baru. Menjadi tanggung jawab besar DSSA untuk "rebranding" UMNO bersama - sama rakan seperjuangan yang baru sahaja terpilih pada pemilihan agung UMNO baru - baru ini. Kelab DSSA akan turut bersama - sama berjuang untuk parti yang tercinta ini. Semoga kerjaya politik DSSA akan terus gemilang. Rakyat negeri Sabah tentunya amat berbangga dengan pemilihan DSSA ini dan terutamanya penduduk semporna.

Penulis merasa bangga dengan pencapaian dan bakti yang DSSA taburkan kepada rakyat khususnya di kawasan parlimen P 189. Terbukti banyak perubahan dan pembangunan yang telah di alami oleh bumi semporna hasil bakti DSSA. Dengan ini Penulis mengorak langkah dan akan berusaha untuk mengumpulkan ahli seramai mungkin untuk kelab ini. Dengan tertubuhnya kelab maya DSSA ini diharap akan mendekatkan DSSA dengan rakyat dan akan mengikuti perkembangan DSSA dengan lebih dekat lagi.

Sekali lagi tahniah diucapkan.