Monday, November 21, 2011

Parlimen P.189 Semporna kekal kubu kuat BN disabah.

PRU 13 semakin hampir. Ramai yang mengatakan bahawa pilihanraya kali ini akan ada kejutan. Sama ada kejutan dari BN atau pakatan Pembangkang. Parti-parti politik juga sudah memukul gendang untuk memulakan kempen. Kempen kedai kopi, kempen media sosial dan bermacam bentuk kempen untuk meraih sokongan. Perdana Menteri pun sudah memberikan klu siapa calon yang terpilih untuk mewakili Barisan Nasional pada pilihanraya nanti."Win Able Candidate" (Calon yang boleh menang) akan dipilih setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk sokongan akar umbi.

Saya yakin siapa jua yang dipilih untuk mewakili Barisan Nasional di tiga DUN semporna juga akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari pengundi disana. Semua ini adalah berkat usaha gigih Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal selaku ahli parlimen semporna dalam membangunkan pekan yang paling hujung di tenggara sabah itu. Siapa sangka pekan semporna sudah semakmur itu. Sudah berapa kementerian yang diterajui Datuk Seri, tetapi setiap kali itulah beliau menyalurkan pembangunan bersesuaian dengan mandat yang diberi.


Atas sebab itulah saya merasakan bahawa beliau akan diberi mandat sekali lagi oleh pengundi P.189 semporna. Melihat sokongan yang tidak berbelah bagi dari mereka maka P.189 akan mengekalkan tradisinya sebagai kubu kuat BN di sabah, malah kali ini dengan majoriti yang lebih besar.

5 menteri persekutuan menerima darjah kebesaran dari sabah

Seramai lima menteri Persekutuan mendahului senarai 722 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-58 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Mereka adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman.Mereka dianugerahi darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Tahniah di atas penganugerahan Panglima Jasa Negara (P.J.N.) kepada Prof. Datuk Dr. Shariff Hamid

Tahniah diucapkan kepada Setiausaha Kelab UMNO Luar Negara, Prof. Datuk Dr. Shariff Hamid diatas penganugerahan Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk. Penganugerahan tersebut berlangsung di majlis pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011, sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Jun yang lalu.