Tuesday, November 17, 2009

Risda boleh beroperasi di Sabah - Sumber Berita Harian

KOTA KINABALU: Kabinet Sabah semalam memutuskan memberi kebenaran kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) beroperasi di negeri itu, sejajar matlamat meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya pekebun kecil mulai tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata agensi kerajaan itu akan melaksanakan program pembangunan tanah dan penanaman semula getah, selain memberi bimbingan dan khidmat nasihat.

Beliau berkata, kehadiran Risda di Sabah tidak bertindih dengan agensi kerajaan negeri, iaitu Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), sebaliknya kedua-dua pihak akan bekerjasama membantu memajukan ekonomi pekebun kecil getah.

“Risda juga akan mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil getah yang tidak tertumpu kepada industri getah tetapi lebih menjurus kepada penternakan haiwan ruminan serta penanaman cili dan sayur.

“Pekebun kecil juga terbabit dengan program pembangunan isi rumah pekebun kecil merangkumi peningkatan tahap pendidikan anak menerusi tuisyen dan biasiswa pendidikan Risda,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri di Wisma Inno-prise di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, semua baki pinjaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri yang dipohon sebelum 2000 untuk membina kemudahan sosial ditukar kepada geran berkuat kuasa serta-merta. Katanya, keputusan itu dibuat kerana semua pinjaman projek berkenaan tidak memberi sebarang pulangan kepada dewan bandaraya, majlis perbandaran, lembaga bandaran dan majlis daerah.

Monday, November 16, 2009

Selamat Menunaikan Fardu Haji DSSA

Assalammualaikum,

Saya memohon maaf kepada semua kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan sehingga kurang masa terluang untuk meneruskan coretan dalam blog ini. Buat masa ini saya masih mencari beberapa individu untuk membantu saya dalam mengendalikan blog ini.

Bagi saya biarlah kelab DSSA ini lebih menarik dengan pertolongan beberapa individu yang sanggup membantu mencurahkan khidmat dan bakti untuk menulis laporan, rencana dsb.

Diharap usaha kita ini akan dapat memberi galakan dan dorongan untuk DSSA berkerja lebih kuat membantu bangsa, agama dan rakyat malaysia secara keseluruhannya. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah e-mailkan kepada saya resume anda ke azmie7780@gmail.com.

Buat pengetahuan semua DSSA akan menunaikan Fardu Haji ke Mekah...insyaallah pada 16/nov ini. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah melindungi beliau sekeluarga. Amin