Wednesday, September 11, 2013

Shafie Apdal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO


Putrajaya - Dato' Seri Shafie Apdal akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang di jangka berlangsung hujung tahun ini. Beliau memenangi jawatan ini pada pemilihan parti tahun 2008 yang lalu dan menjadi orang sabah yang pertama memegang jawatan Naib Presiden dalam parti keramat melayu itu. Jika di ambil kira sumbangan dan jasa beliau untuk memastikan Barisan Nasional kekal berkuasa dalam pilihanraya ke13 yang lalu maka wajarlah ahli parti mengiktiraf sumbangan beliau dengan mengekalkannya sebagai Naib Presiden pada pemilihan yang akan datang. 

Memegang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah masuk penggal kedua adalahh hasil kerja keras dan semangat untuk memastikan negara tercinta membangun seiring negara maju. Beliau juga simbol perpaduan antara semenanjung, sabah dan sarawak. Majoriti rakyat merasa selesa bila bertemu beliau tidak kira siapa dan dari mana mereka berasal. Bagi yang pernah menemui beliau pasti tidak lupa ramahnya Shafie Apdal. Beliau juga sempat berpesan kepada semua ahli ahli UMNO seluruh malaysia agar mendahulukan perpaduan dalam parti berbanding kedudukan mereka dalam parti.

Beliau berkata walaupun semua anggota bebas menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan, pada masa yang sama mereka perlu memastikan sebarang pertandingan itu menyumbang kepada kekuatan parti dan bukan melemahkannya. “Peringatan saya ialah utamakan perpaduan parti. Cawangan merupakan kekuatan kita. Di situ tunjang kekuatan parti kita. Bahagian tidak ramai, tetapi (anggota) cawangan beratus, beribu orang. Jadi, betapa (pentingnya) cawangan itu dijaga dengan baik, dipimpin dengan baik,” katanya.


Setakat ini ada 10 orang yang di sebut-sebut bakal bertanding antaranya Shafie Apdal (Sabah), Mustapa Muhammad (kelantan), Idris Jusuh (Terengganu), Adnan Yaakob (Pahang), Hisyamuddin Hussin (Johor), Isa Samad (Negeri Sembilan), Ali Rustam (Melaka), Rahim Thamby Chik (Melaka), Zahid Hamidi (Perak), Musa Aman (Sabah). Senarai ini seperti yang dilaporkan oleh beberapa bloger dan portal berita online. Walaupun jumlah yang dilaporkan bertanding agak ramai kali ini namun semangat persaudaraan dalam UMNO masih menjadi keutamaan calon calon naib presiden semua. Demokrasi dalam parti kekal subur dan terbukti dengan format pemilihan kali ini mengambil kira suara akar umbi.

No comments:

Post a Comment