Friday, May 10, 2013

Pengaruh USNO sudah lama berkubur

Usaha pihak tertentu untuk menghidupkan semula parti UNITED SABAH NASIONAL ORGANISATION atau USNO tidak akan berhasil. Rata rata kenalan yang saya temui mengatakan bahawa zaman USNO sudah lama berlalu. Malah pengasas USNO sendiri telah bersetuju untuk membubarkan parti itu dan di gantikan dengan UMNO ( UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION).

Saya suka merujuk pengaruh USNO ini di semporna kerana terbukti semejak kewujudannya, Semporna merupakan kubu kuat USNO sehinggalah kedatangan UMNO ke Sabah. Wakil USNO di Parlimen dan DUN semporna ialah Tun Sakaran Bin Dandai. Di bawah pengaruh beliau Semporna merupakan "fix deposit " USNO. Satu Malaysia mengetahui hakikat itu. Berkat kesabaran beliau di bawah USNO dan BN, beliau telah di lantik sebagai Ketua Menteri, Tuan Yang Terutama dan Menteri di peringkat persekutuan. Di era beliau Tun parti USNO merupakan parti berdaftar dan bernaung di bawah Barisan Nasional. Tetapi sekarang USNO merupakan pertubuhan tidak berdaftar dan bukan komponen Barisan Nasional.

Pada PRU13 yang lalu, Parti USNO mencuba nasib untuk bertanding di beberapa DUN di Sabah. Parti USNO  mereka ternyata tidak mendapat sambutan majotiti penduduk sabah. Ini terbukti dengan bilangan Undi yang mereka dapat. Bukan setakat kalah malah hilang wang pertaruhan. Cubaan anak kepada pengasas USNO bertanding di semporna pada perkiraan saya hanyalah untuk meraih populariti murahan. Sayangnya percubaan itu menjadi bencana kepada Datu Badaruddin Bin Tun Hj Mustapa. UNDI YANG BELIAU PEROLEHI HANYALAH 325 SAHAJA di peringat Parlimen P.189 Semporna. Tokoh calon bebas yang telah beberapa kali mencuba nasib, En. Abdullah Sani kali ini bertanding atas tiket USNO pula. Bagi saya ini adalah pengakhiran kepada karier politik beliau. En Abdullah Sani haruslah bersara dari arena politik kerana mendapat undi yang terendah di DUN N.54 Bugaya. Lawan calon bebas beliau ada yang baru kali pertama bertanding tetapi mendapat undi yang lebih tinggi dari En. Abdullah Sani. contohnya En Atal Muhammad bin KK. Abdul Menang lebih menang dan berjaya dari beliau. En Abdullah Sani cuma mendapat 191 undi dan yang terendah.

Kesimpulan saya USNO bukan lagi pilihan rakyat sabah dan cubaan mereka untuk menubuhkan USNO hanya bermotifkan peribadi. Mereka hendaklah akur dengan mesej jelas rakyat sabah kepada mereka bahawa USNO SUDAH MENJADI SEJARAH. Sekian Selamat Tinggal USNO.


No comments:

Post a Comment