Tuesday, May 14, 2013

Kabinet baru najib di jangka di umum esok




Putrajaya - Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak di jangka akan mengumumkan barisan kabinet beliau selewat lewatnya minggu ini. Barisan kabinet ini adalah gabungan berpengalaman dan baru. Yang penting sekali ia akan mewakili semua kaum termasuk bumiputra sabah dan sarawak. Pada PRU13 yang lalu UMNO memenangi 88 daripada  133 kerusi. Walaupun bilangan kerusi besar yang di menangi UMNO tetapi semangat setia kawan dalam Barisan Nasional dan parti yang memperjuangkan nasib bangsa malaysia ini  akan berkongsi kuasa secara saksama. Ini sudah menjadi tradisi dalam Barisan Nasional setiap kali berjaya mendapat mandat baru dari rakyat. Barisan kabinet yang bakal dibentuk nanti tidak akan meminggirkan kaum cina walaupun Presiden MCA  menyatakan bahawa parti itu tidak akan menganggotai kabinet kerana kekalahan teruk pada PRU13 yang lalu. MCA hanya memenangi 7 kerusi sementara Parti Gerakan 1 kerusi. Begitu juga ahli parlimen dari MIC akan di lantik mengangotai kabinet selaras semangat 1Malaysia. Manakala pertambahan anggota kabinet dari sabah dan sarawak di jangka bertambah berbanding kabinet yang lalu kerana menghargai sokongan penduduk sabah dan sarawak..



Pemimpin tertinggi parti akan menerajui kementerian penting.

Kementerian kementerian seperti kementerian pelajaran, kementerian pertahanan, kementerian dalam negeri, kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah dan kementerian kewangan di jangka akan di terajui oleh mereka yang menjadi pemimpin paling kanan dalam parti. Dato Seri Hisyamudin dan Datuk Zahid Hamidi pula di jangka akan bertukar kementerian. Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin akan menganggotai kabinet baru kerana usaha dan kerja keras beliau. Khairy Jamaludin di jangka akan menjadi Menteri Belia dan Sukan. Menteri dari kalangan wanita pula yang di jangka akan menjadi menteri penuh ialah Datuk Rosnah Sirin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO sebagai Menteri wanita keluarga dan pembangunan masyarakat. 

Gandingan Berpengalaman dan Muka Baru

Beberapa posisi menteri dan timbalan menteri akan diisi dari kalangan senator kerana pengalaman luas mereka dalam pentadbiran dan politik, di antara mereka seperti Datuk Wira Ali Rustam, Datuk Abdul Ghani Othman antara yang di sebut sebut bakal di lantik. Datuk Abdul Azzez Abdul Rahim, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Dato Seri Azalina Othman juga bakal tersenarai.  

Hasrat penduduk sabah dan sarawak

Hasrat penduduk sabah dan sarawak untuk melihat Dato Seri Shafie Apdal agar kekal sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah begitu tinggi. Ini kerana mereka berharap pembangunan yang kerajaan persekutuan rancang di sabah dan sarawak akan terus terlaksana.  Selama beliau menerajui kementerian itu pada penggal lalu banyak pembangunan dan bantuan telah di salurkan. Jadi untuk penggal kabinet yang baru ini mereka amat berharap Perdana Menteri akan mengekalkan posisi jawatan beliau demi meneruskan pelan pembangunan yang telah di rancang dan juga sebagai memenuhi kehendak rakyat sabah dan sarawak.

No comments:

Post a Comment