Monday, February 15, 2010

Jawapan kepada Ketua Cabang PKR Semporna Hj. Md Abdul Wahab

Petikan dari laporan Sabahdaily.

“Saya cukup kesal dengan laporan media kerana kami di sini bukan sahaja terancam dari segi keselamatan tetapi juga pihak berkuasa seolah-olah ‘redha’ dengan kebanjiran warga asing dari Filipina di Semporna,” katanya, sambil memberitahu sejumlah 80 peratus warga asing dari Filipina mendominasi pulau itu sehingga kini.

“Kejadian seperti pecah rumah, dadah dan kecurian harta benda bukan lagi sesuatu yang asing di sini dan anda bayangkan ancaman keselamatan yang terpaksa kami harungi berpuluh-puluh tahun,” katanya kepada erapakatan.com


Jawapan Kami:-


>> Kepada Tuan Hj. Md Abd Wahab, saya juga merasa sangsi dengan kenyataan tuan Hj yang cukup kesal dengan laporan media kerana penduduk semporna merasa terancam keselamatannya. Laporan media yang macam apa,kenapa dan bagaimana yang menyebabkan Tuan Hj merasa terancam. Adakah laporan media luar negara yang menyatakan perairan disabah khususnya di semporna tidak selamat atau pernahkah pihak media malaysia melaporkan bahawa daerah semporna tidak selamat untuk diduduki. Ada banyak contoh yang kita boleh lihat pembangunan pesat daerah semporna. Dan yang paling penting sekali ialah ada berapa ramai anak-anak muda semporna yang berpelajaran tinggi. Diantara mereka sudah ramai yang memegang jawatan penting dalam kerajaan. Tidak kurang juga yang berjaya dalam bidang perniagaan. Satu kejayaan kepada penduduk semporna. Ini semua adalah hasil usaha pemimpin terdahulu dan sekarang yang juga anak watan semporna. Lihatlah pembangunan pesat semporna jika dibandingkan dengan daerah-daerah yang sepertinya dahulu. Dari segi kemudahan pembelajaran untuk generasi baru sekarang, kalau dulu cuma ada beberapa buah sekolah yang ada di pulau bum-bum. Tetapi sekarang sekolah boleh dikatakan ada disetiap kampung-kampung di serata pulau. Malah hasil usaha pemimpin kita, dalam rancangan malaysia ke-9, tanah besar semporna akan dihubungkan ke pulau bum-bum melalui projek pembinaan jambatan oleh kerajaan persekutuan. Ini akan meningkatkan lagi pendapatan isi rumah penduduk. Salah sebuah sekolah menengah agama di sabah terletak di semporna. Bayangkan ada berapa sekolah menengah agama bantuan penuh kerajaan yang ada di sabah. Mungkin tidak lebih dari 5 buah.

Pengkalan tentera laut juga ada di sana. Terima Kasih kepada usaha Yg Bhg Dato' Seri Hj. Muhammad Shafie Bin Hj Apdal, Ahli Parlimen semporna kerana hasil usaha beliau berdirinya Pengkalan Tentera Laut disana. Banyak lagi pembangunan yang menyusul selepas itu. Untuk menempatkan semporna di kalender pelancongan sabah dan malaysia adalah hasil bantuan berterusan Dato' Seri Shafie dengan kemeriahan pesta acara regata lepa-lepa pada april setiap tahun. Adalah ruang bagi masyarakat kita disana untuk berhibur dan mengenali dengan lebih dekat artis-artis popular tanah air walaupun secara geografinya semporna terletak di penghujung sebelah timur peta malaysia.

Sebagai warga semporna kita sepatutnya memahami tugas yang disandang oleh DSSA sebagai menteri persekutuan. Tanggungjawab beliau bukan setakat pada semporna, tetapi pada seluruh malaysia. Kita perlu sedar bahawa kita perlu berkongsi beliau dengan yang lain. Selagi tanggungjawab dipenuhi, saya tidak nampak sebab untuk kita tidak menyokong beliau.

Kejadian pecah rumah pula jarang-jarang berlaku. Sepanjang pengatahuan saya setakat artikel ini ditulis, memang tidak ada keluhan dan rintihan yang saya dengar daripada warga semporna.Mungkin kalau ada pun ia merupakan kes terpencil dimana saya melihat ini sebagai tanggungjawab sosial setiap warga semporna terhadap masyarakat. Ia merupakan tanggungjawab bersama dalam membenteras jenayah dan juga tanggungjawab ketua keluarga terhadap keluarganya. Janganlah pula anak jadi pencuri dan penagih dadah maka wakil rakyat pula yang disalahkan. Kita haruslah tahu membezakan tugas-tugas yang dipertangungjawabkan kepada wakil rakyat dengan tugas kita sebagai pemimpin tempatan dan ketua keluarga

Wassalam.

No comments:

Post a Comment