Monday, November 21, 2011

Parlimen P.189 Semporna kekal kubu kuat BN disabah.

PRU 13 semakin hampir. Ramai yang mengatakan bahawa pilihanraya kali ini akan ada kejutan. Sama ada kejutan dari BN atau pakatan Pembangkang. Parti-parti politik juga sudah memukul gendang untuk memulakan kempen. Kempen kedai kopi, kempen media sosial dan bermacam bentuk kempen untuk meraih sokongan. Perdana Menteri pun sudah memberikan klu siapa calon yang terpilih untuk mewakili Barisan Nasional pada pilihanraya nanti."Win Able Candidate" (Calon yang boleh menang) akan dipilih setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk sokongan akar umbi.

Saya yakin siapa jua yang dipilih untuk mewakili Barisan Nasional di tiga DUN semporna juga akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari pengundi disana. Semua ini adalah berkat usaha gigih Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal selaku ahli parlimen semporna dalam membangunkan pekan yang paling hujung di tenggara sabah itu. Siapa sangka pekan semporna sudah semakmur itu. Sudah berapa kementerian yang diterajui Datuk Seri, tetapi setiap kali itulah beliau menyalurkan pembangunan bersesuaian dengan mandat yang diberi.


Atas sebab itulah saya merasakan bahawa beliau akan diberi mandat sekali lagi oleh pengundi P.189 semporna. Melihat sokongan yang tidak berbelah bagi dari mereka maka P.189 akan mengekalkan tradisinya sebagai kubu kuat BN di sabah, malah kali ini dengan majoriti yang lebih besar.

No comments:

Post a Comment