Monday, March 30, 2009

Shafie: Perjuangan Umno harus berpaksikan perkhidmatan

KUALA LUMPUR; Anggota Umno perlu mendaulatkan perjuangan parti itu dengan menjadikannya sebagai sebuah parti yang berpaksikan perkhidmatan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie: "Perjuangan Umno harus berpaksikan perkhidmatan"

Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata anggota Umno harus menumpukan usaha untuk memenuhi kehendak rakyat walaupun lebih mudah bagi mereka untuk menggunakan isu isu semasa sebagai alasan perjuangan parti.

"Hari ini kita dilanda pelbagai isu. Umno hari ini perlu memilih sama ada parti ini "berpaksikan isu" atau pun "berpaksikan perkhidmatan".

"Umno perlu berkhidmat kepada rakyat," katanya ketika berucap menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Shafie berkata parti itu boleh memberi fokus kepada isu tetapi dengan berbuat demikian, keperluan dan kemahuan rakyat pada hari ini tidak akan dapat dipenuhi oleh Umno.

Selain itu, katanya, parti itu harus mengkaji semula hala tujunya kini kerana kebanyakan daripada generasi muda sekarang telah lari dari perjuangan parti.

Katanya oleh itu Umno haruslah menyelami kehendak dan selera anakanak muda dan mewujudkan "makna ikatan" dengan mereka dalam menyemai semangat perjuangan parti.

"Kita harus lahirkan satu pendekatan di mana perjuangan Umno adalah perjuangan generasi anakanak muda kita juga," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment