Monday, February 15, 2010
Jawapan kepada Ketua Cabang PKR Semporna Hj. Md Abdul Wahab
“Saya cukup kesal dengan laporan media kerana kami di sini bukan sahaja terancam dari segi keselamatan tetapi juga pihak berkuasa seolah-olah ‘redha’ dengan kebanjiran warga asing dari Filipina di Semporna,” katanya, sambil memberitahu sejumlah 80 peratus warga asing dari Filipina mendominasi pulau itu sehingga kini.
“Kejadian seperti pecah rumah, dadah dan kecurian harta benda bukan lagi sesuatu yang asing di sini dan anda bayangkan ancaman keselamatan yang terpaksa kami harungi berpuluh-puluh tahun,” katanya kepada erapakatan.com
Jawapan Kami:-
>> Kepada Tuan Hj. Md Abd Wahab, saya juga merasa sangsi dengan kenyataan tuan Hj yang cukup kesal dengan laporan media kerana penduduk semporna merasa terancam keselamatannya. Laporan media yang macam apa,kenapa dan bagaimana yang menyebabkan Tuan Hj merasa terancam. Adakah laporan media luar negara yang menyatakan perairan disabah khususnya di semporna tidak selamat atau pernahkah pihak media malaysia melaporkan bahawa daerah semporna tidak selamat untuk diduduki. Ada banyak contoh yang kita boleh lihat pembangunan pesat daerah semporna. Dan yang paling penting sekali ialah ada berapa ramai anak-anak muda semporna yang berpelajaran tinggi. Diantara mereka sudah ramai yang memegang jawatan penting dalam kerajaan. Tidak kurang juga yang berjaya dalam bidang perniagaan. Satu kejayaan kepada penduduk semporna. Ini semua adalah hasil usaha pemimpin terdahulu dan sekarang yang juga anak watan semporna. Lihatlah pembangunan pesat semporna jika dibandingkan dengan daerah-daerah yang sepertinya dahulu. Dari segi kemudahan pembelajaran untuk generasi baru sekarang, kalau dulu cuma ada beberapa buah sekolah yang ada di pulau bum-bum. Tetapi sekarang sekolah boleh dikatakan ada disetiap kampung-kampung di serata pulau. Malah hasil usaha pemimpin kita, dalam rancangan malaysia ke-9, tanah besar semporna akan dihubungkan ke pulau bum-bum melalui projek pembinaan jambatan oleh kerajaan persekutuan. Ini akan meningkatkan lagi pendapatan isi rumah penduduk. Salah sebuah sekolah menengah agama di sabah terletak di semporna. Bayangkan ada berapa sekolah menengah agama bantuan penuh kerajaan yang ada di sabah. Mungkin tidak lebih dari 5 buah.
Pengkalan tentera laut juga ada di sana. Terima Kasih kepada usaha Yg Bhg Dato' Seri Hj. Muhammad Shafie Bin Hj Apdal, Ahli Parlimen semporna kerana hasil usaha beliau berdirinya Pengkalan Tentera Laut disana. Banyak lagi pembangunan yang menyusul selepas itu. Untuk menempatkan semporna di kalender pelancongan sabah dan malaysia adalah hasil bantuan berterusan Dato' Seri Shafie dengan kemeriahan pesta acara regata lepa-lepa pada april setiap tahun. Adalah ruang bagi masyarakat kita disana untuk berhibur dan mengenali dengan lebih dekat artis-artis popular tanah air walaupun secara geografinya semporna terletak di penghujung sebelah timur peta malaysia.
Sebagai warga semporna kita sepatutnya memahami tugas yang disandang oleh DSSA sebagai menteri persekutuan. Tanggungjawab beliau bukan setakat pada semporna, tetapi pada seluruh malaysia. Kita perlu sedar bahawa kita perlu berkongsi beliau dengan yang lain. Selagi tanggungjawab dipenuhi, saya tidak nampak sebab untuk kita tidak menyokong beliau.
Kejadian pecah rumah pula jarang-jarang berlaku. Sepanjang pengatahuan saya setakat artikel ini ditulis, memang tidak ada keluhan dan rintihan yang saya dengar daripada warga semporna.Mungkin kalau ada pun ia merupakan kes terpencil dimana saya melihat ini sebagai tanggungjawab sosial setiap warga semporna terhadap masyarakat. Ia merupakan tanggungjawab bersama dalam membenteras jenayah dan juga tanggungjawab ketua keluarga terhadap keluarganya. Janganlah pula anak jadi pencuri dan penagih dadah maka wakil rakyat pula yang disalahkan. Kita haruslah tahu membezakan tugas-tugas yang dipertangungjawabkan kepada wakil rakyat dengan tugas kita sebagai pemimpin tempatan dan ketua keluarga
Wassalam.
Tuesday, November 17, 2009
Risda boleh beroperasi di Sabah - Sumber Berita Harian
KOTA KINABALU: Kabinet Sabah semalam memutuskan memberi kebenaran kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) beroperasi di negeri itu, sejajar matlamat meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya pekebun kecil mulai tahun depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata agensi kerajaan itu akan melaksanakan program pembangunan tanah dan penanaman semula getah, selain memberi bimbingan dan khidmat nasihat.
Beliau berkata, kehadiran Risda di Sabah tidak bertindih dengan agensi kerajaan negeri, iaitu Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), sebaliknya kedua-dua pihak akan bekerjasama membantu memajukan ekonomi pekebun kecil getah.
“Risda juga akan mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil getah yang tidak tertumpu kepada industri getah tetapi lebih menjurus kepada penternakan haiwan ruminan serta penanaman cili dan sayur.
“Pekebun kecil juga terbabit dengan program pembangunan isi rumah pekebun kecil merangkumi peningkatan tahap pendidikan anak menerusi tuisyen dan biasiswa pendidikan Risda,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri di Wisma Inno-prise di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain, Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, semua baki pinjaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri yang dipohon sebelum 2000 untuk membina kemudahan sosial ditukar kepada geran berkuat kuasa serta-merta. Katanya, keputusan itu dibuat kerana semua pinjaman projek berkenaan tidak memberi sebarang pulangan kepada dewan bandaraya, majlis perbandaran, lembaga bandaran dan majlis daerah.
Monday, November 16, 2009
Selamat Menunaikan Fardu Haji DSSA
Saya memohon maaf kepada semua kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan sehingga kurang masa terluang untuk meneruskan coretan dalam blog ini. Buat masa ini saya masih mencari beberapa individu untuk membantu saya dalam mengendalikan blog ini.
Bagi saya biarlah kelab DSSA ini lebih menarik dengan pertolongan beberapa individu yang sanggup membantu mencurahkan khidmat dan bakti untuk menulis laporan, rencana dsb.
Diharap usaha kita ini akan dapat memberi galakan dan dorongan untuk DSSA berkerja lebih kuat membantu bangsa, agama dan rakyat malaysia secara keseluruhannya. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah e-mailkan kepada saya resume anda ke azmie7780@gmail.com.
Buat pengetahuan semua DSSA akan menunaikan Fardu Haji ke Mekah...insyaallah pada 16/nov ini. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah melindungi beliau sekeluarga. Amin
Sunday, April 12, 2009
DSSA dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah
Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada DSSA kerana telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Pelbagai jabatan dibawah kementerian ini seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Institut kemajuan desa (Infra), Jabatah hal ehwal orang asli dan yang terbaru MARA.
Memegang jawatan sebagai menteri PLB&W ini dilihat sebagai satu penghargaan terhadap DSSA dan negeri Sabah amnya. Ini kerana penduduk sabah khususnya semporna ingin melihat pembangunan yang lebih pesat dapat direncanakan oleh DSSA.
Saturday, April 4, 2009
Tidak ada lagi kebebasan intelektual dalam berpolitik di Malaysia
Bercakap mengenai ungkapan "Matlamat tidak menghalalkan cara" ini saya teringat kepada ustaz saya semasa di sekolah dulu. Ustaz saya ni mengajar subjek agama iaitu Pendidikan Al-Quran Dan Sunnah. Di pendekkan cerita, dalam kelas ustaz saya ni sempat pula berkempen politik. Beliau selalu merujuk kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu sebagai kerajaan taghut(kafir). Semasa itu Dato' Seri Anuar Ibrahim masih lagi dalam kerajaan dan UMNO. Walaupun ada kebaikan yang dilakukan kerajaan ketika itu tetapi menurut pendapat beliau tetap salah. Kerana kerajaan yang ada bukan kerajaan islam tetapi kerajaan taghut (kafir). Matlamat tidak menghalalkan cara katanya.
Senario yang terjadi sekarang, mungkin pemimpin dan para penyokong golongan ini beranggapan bahawa sudah tiba masanya matlamat menghalalkan cara. Dimanakah nilai ilmu yang diajar kepada saya tadi. Walaupun saya fikirkan ketika dibangku sekolah untuk tidak membenarkan apa yang ustaz saya katakan kepada kami semua. Tetapi nilai kepercayaan ustaz saya cuba ajar kepada kami seperti tidak mengikuti tradisi para ilmuan kita yang terdahulu. Kalau ustaz terbaca coretan saya ini, saya pohon halalkan segala ilmu yang ustaz sampaikan. Melalui perbezaan ini kita mencari titik pertemuan. Semoga usaha kita diberkati Allah.
Politik berlandaskan intelektual bagi saya ialah melalui ilmu. Ilmu-ilmu itu seperti ilmu politik, kemasyarakatan, agama, ekonomi, perpaduan dan banyak lagi. Jangan dimomokkan kepada rakyat perkara yang tidak masuk akal. Rakyat kita hari ni pun sudah ramai yang berilmu. Apabila mendengar sesuatu isu, saya percaya mereka akan selidik dulu. Janganlah sensasikan sesuatu dengan cara "Cukup kerusi lompat nanti kita akan memerintah". Meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan tidak menentu. Berpolitiklah dengan dengan rasa ikhlas bukan berpolitik dengan cara "gunalah apa cara sekalipun YANG PENTING MENANG".
Sekian
Friday, April 3, 2009
Najib PM ke 6

Baru sebantar tadi selesai sudah majlis mengangkat sumpah Dato' Seri Najib Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 serta sumpah taat setia dan simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 10:12 pagi tadi. Turut hadir sama ialah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir Mohammad bersama isteri serta para menteri kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.
Dengan ini sahlah Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Serentak dengan majlis ini juga ialah pergurniaan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), yang juga anugerah tertinggi negara kepada Abdullah Ahmad Badawi dan Seri Setia Mahkota (SMM) kepadaJeane Abdullah yang membawa gelaran Tun.
Majlis penyerahan tugas perdana menteri pula dijangka akan dilakukan pada pukul 3 petang ini di Putrajaya.
http://tuahmoden.blogspot.com/2009/04/najib-mengangkat-sumpah-sebagai-pm-ke6.html
Tun Mahathir ingin hadir Majlis Angkat Sumpah Najib
"Saya tidak tahu sama ada saya dijemput atau tidak. Tetapi, jika dijemput, saya akan hadir," katanya ketika diminta mengulas pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau juga akan menyokong sebarang usaha Najib dalam pembentukan barisan Kabinetnya barunya yang dikatakan lebih kecil dari sekarang.
Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan ucapan kepada Alternative G20 Agenda: Real Financial Fairness di Royal Commonwealth Society sebelum bertemu dengan pelajar Malaysia di Malaysia Hall semalam.