Showing posts with label Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Akhbar. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

Polemik Politik PR Berhubung Akhbar Utusan (kehakiman) Dan SPR

Pada satu ketika pihal lawan berbangga sebab menang dalam perbicaraan ketika melawan Akhar Utusan. Dan ia konon adalah bukti bahawa negara ini diperintah hasil dari politik fitnah yang diamalkan oleh organisasi BN. Tapi pada masa yang saya menidakkan sistem kehakiman negara. Sedangkan kemenangan yang mereka dapat adalah hasil dari proses kehakiman itu sendiri.

Dan ia tidak berbeza dengan apa yang mereka istilahkan sebagai himpunan hitam yang memprotes SPR sebab konon sistem yang diamalkan adalah tidak telus sebab itu BN mendapat kemenangan, sedangkan PR juga mendapat kemenangan di beberapa kerusi DUN dan Parlimen.

Apa yang kalian nampak sekarang ?

Tuesday, November 17, 2009

Risda boleh beroperasi di Sabah - Sumber Berita Harian

KOTA KINABALU: Kabinet Sabah semalam memutuskan memberi kebenaran kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) beroperasi di negeri itu, sejajar matlamat meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya pekebun kecil mulai tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata agensi kerajaan itu akan melaksanakan program pembangunan tanah dan penanaman semula getah, selain memberi bimbingan dan khidmat nasihat.

Beliau berkata, kehadiran Risda di Sabah tidak bertindih dengan agensi kerajaan negeri, iaitu Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), sebaliknya kedua-dua pihak akan bekerjasama membantu memajukan ekonomi pekebun kecil getah.

“Risda juga akan mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil getah yang tidak tertumpu kepada industri getah tetapi lebih menjurus kepada penternakan haiwan ruminan serta penanaman cili dan sayur.

“Pekebun kecil juga terbabit dengan program pembangunan isi rumah pekebun kecil merangkumi peningkatan tahap pendidikan anak menerusi tuisyen dan biasiswa pendidikan Risda,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri di Wisma Inno-prise di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Musa yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, semua baki pinjaman pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri yang dipohon sebelum 2000 untuk membina kemudahan sosial ditukar kepada geran berkuat kuasa serta-merta. Katanya, keputusan itu dibuat kerana semua pinjaman projek berkenaan tidak memberi sebarang pulangan kepada dewan bandaraya, majlis perbandaran, lembaga bandaran dan majlis daerah.

Thursday, April 2, 2009

Terima kasih DSSA kepada Pak Lah

Ucapan penghargaan & terima kasih Dato' Seri Shafie Apdal kepada PM pada masyuarat terakhir kabinet Pak Lah

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, "Abdullah berharap semua jemaah menteri dapat menunaikan tanggungjawab dan meneruskan dasar-dasar yang telah beliau laksanakan".

“Beliau sebut apa yang harus dilakukan dan kita juga mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah memberi ruang dan peluang untuk berkhidmat bersama beliau,” katanya. Petikan dari Utusan Malaysia

Masyuarat kabinet terakhir Pak Lah



Semalam adalah mesyuarat Kabinet yang terakhir dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak esok.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat di Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya itu, Abdullah turut menandatangani dokumen minit mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Upacara itu yang merupakan simbolik tanda bertukarnya pengerusi untuk mesyuarat Kabinet selepas ini, turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib dan menteri-menteri Kabinet. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.- utusan malaysia

Najib angkat sumpah esok


PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri diadakan jam 10 pagi esok di Istana Negara, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini, Mohd Sidek berkata, Tuanku Mizan berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama Najib menghadap Seri Paduka jam 10 pagi ini untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

Beliau berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam bahawa Seri Paduka sudah memberi perkenan itu ketika beliau menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat mingguan Kabinet.

"Yang di-Pertuan Agong juga sudah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara," kata kenyataan itu. - Bernama