Putrajaya - Perdana Menteri Dato Seri
Najib Tun Razak di jangka akan mengumumkan barisan kabinet beliau selewat
lewatnya minggu ini. Barisan kabinet ini adalah gabungan berpengalaman dan
baru. Yang penting sekali ia akan mewakili semua kaum termasuk bumiputra sabah
dan sarawak. Pada PRU13 yang lalu UMNO memenangi 88 daripada 133 kerusi. Walaupun bilangan kerusi besar
yang di menangi UMNO tetapi semangat setia kawan dalam Barisan Nasional dan
parti yang memperjuangkan nasib bangsa malaysia ini akan berkongsi kuasa secara saksama. Ini
sudah menjadi tradisi dalam Barisan Nasional setiap kali berjaya mendapat
mandat baru dari rakyat. Barisan kabinet yang bakal dibentuk nanti tidak akan
meminggirkan kaum cina walaupun Presiden MCA
menyatakan bahawa parti itu tidak akan menganggotai kabinet kerana
kekalahan teruk pada PRU13 yang lalu. MCA hanya memenangi 7 kerusi sementara
Parti Gerakan 1 kerusi. Begitu juga ahli parlimen dari MIC akan di lantik
mengangotai kabinet selaras semangat 1Malaysia. Manakala pertambahan anggota
kabinet dari sabah dan sarawak di jangka bertambah berbanding kabinet yang lalu
kerana menghargai sokongan penduduk sabah dan sarawak..
Pemimpin
tertinggi parti akan menerajui kementerian penting.
Kementerian kementerian seperti kementerian
pelajaran, kementerian pertahanan, kementerian dalam negeri, kementerian
kemajuan luar bandar dan wilayah dan kementerian kewangan di jangka akan di
terajui oleh mereka yang menjadi pemimpin paling kanan dalam parti. Dato Seri
Hisyamudin dan Datuk Zahid Hamidi pula di jangka akan bertukar kementerian. Ketua
Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin akan menganggotai kabinet baru kerana
usaha dan kerja keras beliau. Khairy Jamaludin di jangka akan menjadi Menteri
Belia dan Sukan. Menteri dari kalangan wanita pula yang di jangka akan menjadi
menteri penuh ialah Datuk Rosnah Sirin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO sebagai Menteri
wanita keluarga dan pembangunan masyarakat.
Gandingan
Berpengalaman dan Muka Baru
Beberapa posisi menteri dan timbalan menteri akan diisi dari kalangan
senator kerana pengalaman luas mereka dalam pentadbiran dan politik, di antara
mereka seperti Datuk Wira Ali Rustam, Datuk Abdul Ghani Othman antara yang di
sebut sebut bakal di lantik. Datuk Abdul Azzez Abdul Rahim,
Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Dato Seri Azalina Othman juga bakal tersenarai.
Hasrat penduduk sabah dan sarawak
Hasrat
penduduk sabah dan sarawak untuk melihat Dato Seri Shafie Apdal agar kekal
sebagai menteri kemajuan luar bandar dan wilayah begitu tinggi. Ini kerana
mereka berharap pembangunan yang kerajaan persekutuan rancang di sabah dan
sarawak akan terus terlaksana. Selama
beliau menerajui kementerian itu pada penggal lalu banyak pembangunan dan
bantuan telah di salurkan. Jadi untuk penggal kabinet yang baru ini mereka amat
berharap Perdana Menteri akan mengekalkan posisi jawatan beliau demi meneruskan pelan pembangunan yang telah di rancang dan juga sebagai memenuhi kehendak rakyat sabah dan sarawak.
No comments:
Post a Comment