Tuesday, October 8, 2013

Pertahankan Datuk Sri Shafie Apdal

Calon ini yang berpengaruh pada masyarakat marhaen dan masyarakat marhaenlah yang menjadi penentu kepada kemenangan UMNO/BN di PRU13 yang lepas dan akan datang. 


Ingin tetap melihat UMNO kekal relevan seiring dengan  evolusi pemikiran masyarakat semasa, ya kekalkan momentam kalian dalam mempertahankan Dato Sri Shafie sebagai Naib Presiden UMNO. Jangan sesekali terpengaruh dengan suara suara sumbang yang konon inginkan New Blood dalam organisasi UMNO, apa lagi kelompok itu bermastautin di kawasan kawasan urban yang kebanyakkannya di perintah oleh PR, parasit UMNO kok itu. Yang ingin melihat UMNO lemah dimasa masa yang akan datang. Please Vote No 3 for Datuk Sri Shafie Apdal. Hard Work, Stay Humble. #Shafie4NP


Friday, September 20, 2013

#Shafie4NP (Naib Presiden UMNO)

Sebagai tanda sokongan kita terhadap kepimpinan Dato Sri Shafke Apdal dalam beliau mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden UMMO, sila klik atau gunakan Hashtag #Shafie4NP dalam aktiviti politik kalian. 

Friday, September 13, 2013

Undi Dato Sri Shafie Apdal Untuk Kekal Naib Presiden UMNO

Senang saja begini, kalau ada penyokong tegar UMNO yang berusaha untuk menolak kepimpinan Dato Sri Shafie Apdal sebagai Naib Presiden UMNO itu bermakna kalian sedang berusaha untuk memusnahkan UMNO.

Tidak ada alasan yang boleh dilogikkan, untuk menafikan kepimpinan Dato Sri Shafie sebagai Naib Presiden UMNO.

Di era ini, Untuk mencari pemimpin yang komited lagi rajin seperti Dato Sri Shafie Apdal memang agak sukar, kalau adapun, mereka hanya rajin membuat kerja kerja pejabat tapi tidak seperti beliau yang sanggup hadir ke pelusuk kampung di seluruh negara demi melaksanakan pelbagai frasarana yang dirancang oleh kerajaan. Sekaligus memberi perhatian pada marhaen, dan ini yang sebenarnya dikehendaki oleh masyarakat marhaen, perhatian penuh dari pemimpin mereka.

Oleh itu kalian sebagai ahli yang bakal memilih tunggak dalam organisasi UMNO, pilihlah pemimpin sepertinya Dato Sri Shafie Apdal yang mampu menguatkan pengaruh UMNO di mata marhaen. Sekaligus memenangkan UMNO/BN di Pilihanraya yang akan datang.

Ingat PR sedang memerhatikan pemilihan UMNO dengan penuh minat dan pasti mereka berharap agar wakil dari Sabah yakni Dato Sri Shafie Apdal tidak tersenarai dalam barisan kepimpinan UMNO dan andai itu berlaku maka ruang dan peluang PR untuk meluaskan pengaruh mereka di negeri Sabah dan Sarawak akan lebih terbuka dan memungkinkan PR boleh di terima oleh sebahagian masyarakat marhaen di dua negeri tersebut. Yang akhirnya Sabah dan Sarawak akan bukan lagi simpanan tetap kepada BN.

By Jalin Luin

Wednesday, September 11, 2013

Shafie Apdal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO


Putrajaya - Dato' Seri Shafie Apdal akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang di jangka berlangsung hujung tahun ini. Beliau memenangi jawatan ini pada pemilihan parti tahun 2008 yang lalu dan menjadi orang sabah yang pertama memegang jawatan Naib Presiden dalam parti keramat melayu itu. Jika di ambil kira sumbangan dan jasa beliau untuk memastikan Barisan Nasional kekal berkuasa dalam pilihanraya ke13 yang lalu maka wajarlah ahli parti mengiktiraf sumbangan beliau dengan mengekalkannya sebagai Naib Presiden pada pemilihan yang akan datang. 

Memegang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah masuk penggal kedua adalahh hasil kerja keras dan semangat untuk memastikan negara tercinta membangun seiring negara maju. Beliau juga simbol perpaduan antara semenanjung, sabah dan sarawak. Majoriti rakyat merasa selesa bila bertemu beliau tidak kira siapa dan dari mana mereka berasal. Bagi yang pernah menemui beliau pasti tidak lupa ramahnya Shafie Apdal. Beliau juga sempat berpesan kepada semua ahli ahli UMNO seluruh malaysia agar mendahulukan perpaduan dalam parti berbanding kedudukan mereka dalam parti.

Beliau berkata walaupun semua anggota bebas menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan, pada masa yang sama mereka perlu memastikan sebarang pertandingan itu menyumbang kepada kekuatan parti dan bukan melemahkannya. “Peringatan saya ialah utamakan perpaduan parti. Cawangan merupakan kekuatan kita. Di situ tunjang kekuatan parti kita. Bahagian tidak ramai, tetapi (anggota) cawangan beratus, beribu orang. Jadi, betapa (pentingnya) cawangan itu dijaga dengan baik, dipimpin dengan baik,” katanya.


Setakat ini ada 10 orang yang di sebut-sebut bakal bertanding antaranya Shafie Apdal (Sabah), Mustapa Muhammad (kelantan), Idris Jusuh (Terengganu), Adnan Yaakob (Pahang), Hisyamuddin Hussin (Johor), Isa Samad (Negeri Sembilan), Ali Rustam (Melaka), Rahim Thamby Chik (Melaka), Zahid Hamidi (Perak), Musa Aman (Sabah). Senarai ini seperti yang dilaporkan oleh beberapa bloger dan portal berita online. Walaupun jumlah yang dilaporkan bertanding agak ramai kali ini namun semangat persaudaraan dalam UMNO masih menjadi keutamaan calon calon naib presiden semua. Demokrasi dalam parti kekal subur dan terbukti dengan format pemilihan kali ini mengambil kira suara akar umbi.

Monday, May 27, 2013

Dakwaan Dakwat Yang Tidak Kekal Hanylah Polemik Politik Semata Mata

Dakwaan dakwat kekal yang tidak kekal bukannya hal boleh dipersoalkan hingga ia mampu membatalkan kemenangan BN di PRU13 yang lepas. Lain kalau ia tidak digunakan sama sekali atau dek kerana ia tidak kekal maka banyak berlaku pengundian berulang........ Dengar cerita Anwar dan Isterinya sudah membuat laporan Polis, sejak itu jam lagi. 

Kalau ada pengundian berulang, cuba tunjukkan mana buktinya ? 

Sunday, May 26, 2013

Hentikan Blackout 505 Dan Tunjukkan Bukti

Macam yakin sangat sangat ya kalau PRU13 yang lepas konon ada penipuan. Tunjukkan lah bukti kalau memang ada, lepas itu bawa kemuka pengadilan biar diadili.

Yakin saja dengan sistem kehakiman Negara. Selama ini pun ada banyak kes yang dimenangi oleh PKR termasuklah kes liwat Anwa sendiri. Kenapa pula baru sekarang tidak boleh ya ?

JELAS bukan ada cubaan dari pihak luar.

Tuesday, May 21, 2013

Polemik Politik PR Berhubung Akhbar Utusan (kehakiman) Dan SPR

Pada satu ketika pihal lawan berbangga sebab menang dalam perbicaraan ketika melawan Akhar Utusan. Dan ia konon adalah bukti bahawa negara ini diperintah hasil dari politik fitnah yang diamalkan oleh organisasi BN. Tapi pada masa yang saya menidakkan sistem kehakiman negara. Sedangkan kemenangan yang mereka dapat adalah hasil dari proses kehakiman itu sendiri.

Dan ia tidak berbeza dengan apa yang mereka istilahkan sebagai himpunan hitam yang memprotes SPR sebab konon sistem yang diamalkan adalah tidak telus sebab itu BN mendapat kemenangan, sedangkan PR juga mendapat kemenangan di beberapa kerusi DUN dan Parlimen.

Apa yang kalian nampak sekarang ?