Usaha pihak tertentu untuk menghidupkan semula parti UNITED SABAH NASIONAL ORGANISATION atau USNO tidak akan berhasil. Rata rata kenalan yang saya temui mengatakan bahawa zaman USNO sudah lama berlalu. Malah pengasas USNO sendiri telah bersetuju untuk membubarkan parti itu dan di gantikan dengan UMNO ( UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION).
Saya suka merujuk pengaruh USNO ini di semporna kerana terbukti semejak kewujudannya, Semporna merupakan kubu kuat USNO sehinggalah kedatangan UMNO ke Sabah. Wakil USNO di Parlimen dan DUN semporna ialah Tun Sakaran Bin Dandai. Di bawah pengaruh beliau Semporna merupakan "fix deposit " USNO. Satu Malaysia mengetahui hakikat itu. Berkat kesabaran beliau di bawah USNO dan BN, beliau telah di lantik sebagai Ketua Menteri, Tuan Yang Terutama dan Menteri di peringkat persekutuan. Di era beliau Tun parti USNO merupakan parti berdaftar dan bernaung di bawah Barisan Nasional. Tetapi sekarang USNO merupakan pertubuhan tidak berdaftar dan bukan komponen Barisan Nasional.
Pada PRU13 yang lalu, Parti USNO mencuba nasib untuk bertanding di beberapa DUN di Sabah. Parti USNO mereka ternyata tidak mendapat sambutan majotiti penduduk sabah. Ini terbukti dengan bilangan Undi yang mereka dapat. Bukan setakat kalah malah hilang wang pertaruhan. Cubaan anak kepada pengasas USNO bertanding di semporna pada perkiraan saya hanyalah untuk meraih populariti murahan. Sayangnya percubaan itu menjadi bencana kepada Datu Badaruddin Bin Tun Hj Mustapa. UNDI YANG BELIAU PEROLEHI HANYALAH 325 SAHAJA di peringat Parlimen P.189 Semporna. Tokoh calon bebas yang telah beberapa kali mencuba nasib, En. Abdullah Sani kali ini bertanding atas tiket USNO pula. Bagi saya ini adalah pengakhiran kepada karier politik beliau. En Abdullah Sani haruslah bersara dari arena politik kerana mendapat undi yang terendah di DUN N.54 Bugaya. Lawan calon bebas beliau ada yang baru kali pertama bertanding tetapi mendapat undi yang lebih tinggi dari En. Abdullah Sani. contohnya En Atal Muhammad bin KK. Abdul Menang lebih menang dan berjaya dari beliau. En Abdullah Sani cuma mendapat 191 undi dan yang terendah.
Kesimpulan saya USNO bukan lagi pilihan rakyat sabah dan cubaan mereka untuk menubuhkan USNO hanya bermotifkan peribadi. Mereka hendaklah akur dengan mesej jelas rakyat sabah kepada mereka bahawa USNO SUDAH MENJADI SEJARAH. Sekian Selamat Tinggal USNO.
Friday, May 10, 2013
SENARAI KABINET SABAH 2013
Senarai Kabinet Sabah 2013
Ketua Menteri
Datuk Seri Musa Aman
Timbalan Ketua Menteri
1. Tan Sri Joseph Pairin Kitingan,
2. Datuk Yahya Hussin
3. Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri
1. Datuk Ariffin Arif
2. Datuk Edward Yong Oui Fah
3. Datuk Ellron Angin
1.
Menteri Kewangan
Datuk
Seri Musa aman
Timbalan Menteri
Kewangan
1. Datuk Ramlee Marahaban
2. Datuk Michael Asang
2.
Menteri Pembangunan Infrastruktur
Tan
Sri Joseph Pairin Kitingan
Timbalan Menteri
Pembangunan Infrastruktur
1. Datuk Bobbey Suan
2. Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar
3.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Datuk
Yahya Hussin
Timbalan Menteri
Pertanian dan Industri Makanan
1. Datuk Sairin Karno
2. Datuk Musbah Jamli
4.
Menteri Pembangunan Perindustrian
Datuk
Raymond Tan Shu Kiah
Timbalan Menteri
Pembangunan Perindustrian
Datuk Bolkiah Ismail
5.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk
Jainab Ahmad
Pembantu
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Anita Baranting
6.
Menteri Belia dan Sukan
Datuk
Tawfiq Abu Bakar Titingan
Pembantu
Menteri Belia dan Sukan
1. Masiung Banah
2. Datuk Zakaria Edris
7.
Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi
Maklumat
Datuk
Siringan Gubat
Pembantu
Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Datuk Hamisa Samad
8.
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk
Radin Malleh
Pembantu
Menteri Luar Bandar
Datuk Nilwan Kabang
9.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Datuk
Hajiji Mohd Noor
Pembantu
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Datuk Dr Joachim Gunsalam
10. Menteri
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Datuk
Masidi Manjun
Pembantu
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
1. Datuk Kamarlin Ombi
2. Datuk Pang Nyuk Ming
Sunday, May 5, 2013
Hanya BN yang mampu membela penduduk semporna
Tanggal 5/5/13 (Ahad) merupakan tarikh rakyat malaysia menentukan masa depan mereka. PILIHAN TERLETAK PADA RAKYAT. Sepanjang tempoh berkempen para penyokong dan petugas Barisan Nasional bahagian semporna berkerja keras untuk memenangi hati rakyat. Kalau dulu sebelum wujudnya PKR, PAS di semporna, kempen berjalan secara aman dan meriah. Tetapi kali ini tempoh berkempen berlangsung dalam suasana sedikit tegang. ALHAMDULILLAH penduduk semporna berjaya untuk tidak terlalu mengikut emosi. Syukur kepada Allah setakat artikel ini di tulis penduduk semporna masih waras. Cuma ada sedikit salah faham di antara petugas dan penyokong parti. Itu pun telah berjaya di selesaikan atas dasar sebangsa dan seagama.
Bagi pengundi di semporna, tidak ada individu lain yang lebih layak untuk memacu masa depan malaysia ke arah yang lebih cemerlang selain Dato' Seri Panglima Shafie Apdal. Platform beliau dalam parti selaku Naib President UMNO, Menteri Persekutuan dan pernah menjadi pengerusi beberapa badan antarabangsa dan malaysia menjadi sandaran dan harapan kita. Ini terbukti dengan tekad beliau untuk memperjuangkan agar daerah tercintanya menjadi sebahagian dari ESSCOM, Membawa pelbagai agensi di bawah kementerian yang di ketuainya ke daerah ini. Kehilangan beliau bermakna kita membantutkan pembangunan daerah kita. Lawan lawan beliau bukan sesiapa tetapi individu yang kecewa lalu menentang .Saudara Dr. Zamri bin Abdul Habi calon PKR dan Datu Badarudin Tun Mustafa calon Bebas Tajaan USNO Baru bukanlah layak melawan beliau. TIDAK ADA SATU PUN SUMBANGAN MEREKA DI DAERAH SEMPORNA. Oleh sebab itu mereka bukanlah pilihan penduduk semporna. Baanan Danakan, kamanakan daa talipat bi, hal Datuk Piing ru maka tabang kita. Jari undi um bi timbangan pahalu. Undi un bi kamemon calon timbangan ma sampulnak.
Sunday, February 19, 2012
PM perlu mandat rakyat
KUALA LUMPUR 18 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memerlukan mandat daripada rakyat untuk terus membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Menurutnya, mandat itu penting kerana beliau akan meneruskan usaha dengan sedaya upayanya untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang terbilang.
"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) saya telah pun menerima mandat dan sebagai Presiden UMNO, saya juga telah menerima mandat daripada parti dan kali ini saya perlukan mandat daripada rakyat,'' katanya dalam ucaptama pada Persidangan Cina Malaysia di Persimpangan Politik yang turut dihadiri Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek di sini hari ini.
Persidangan dan debat tersebut dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) bersama-sama agensi pemikir MCA, Institut Analisis Strategik Dan Penyelidikan Dasar (Insap).
Perdana Menteri turut menegaskan, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-3) yang dijangka diadakan tidak lama lagi bukan untuk dirinya tetapi adalah untuk masa depan Malaysia.
"Saya sendiri tidak tahu bila pilihan raya itu akan diadakan, namun saya ingin tegaskan ia bukan soal diri saya tetapi masa depan rakyat. Justeru saya harap rakyat dapat membuat pilihan yang betul,'' katanya.
Tegas beliau, Malaysia akan menjadi lebih kuat di bawah kepimpinan BN.
"Kalau anda berada di persimpangan jalan, ambillah arah yang betul. Kalau anda ambil arah yang betul, saya yakin kita akan dapat melakukan transformasi terhadap Malaysia.
"Kita akan berada di barisan hadapan negara, kita akan berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, yang boleh kita banggakan,'' ujarnya.
Beliau juga berharap, persidangan tersebut akan dapat memberi isyarat yang betul untuk BN dan terus mendapat sokongan daripada rakyat.
Sumber : Utusan Online

Monday, November 21, 2011
Parlimen P.189 Semporna kekal kubu kuat BN disabah.
PRU 13 semakin hampir. Ramai yang mengatakan bahawa pilihanraya kali ini akan ada kejutan. Sama ada kejutan dari BN atau pakatan Pembangkang. Parti-parti politik juga sudah memukul gendang untuk memulakan kempen. Kempen kedai kopi, kempen media sosial dan bermacam bentuk kempen untuk meraih sokongan. Perdana Menteri pun sudah memberikan klu siapa calon yang terpilih untuk mewakili Barisan Nasional pada pilihanraya nanti."Win Able Candidate" (Calon yang boleh menang) akan dipilih setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk sokongan akar umbi.
Saya yakin siapa jua yang dipilih untuk mewakili Barisan Nasional di tiga DUN semporna juga akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari pengundi disana. Semua ini adalah berkat usaha gigih Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal selaku ahli parlimen semporna dalam membangunkan pekan yang paling hujung di tenggara sabah itu. Siapa sangka pekan semporna sudah semakmur itu. Sudah berapa kementerian yang diterajui Datuk Seri, tetapi setiap kali itulah beliau menyalurkan pembangunan bersesuaian dengan mandat yang diberi.
Atas sebab itulah saya merasakan bahawa beliau akan diberi mandat sekali lagi oleh pengundi P.189 semporna. Melihat sokongan yang tidak berbelah bagi dari mereka maka P.189 akan mengekalkan tradisinya sebagai kubu kuat BN di sabah, malah kali ini dengan majoriti yang lebih besar.

5 menteri persekutuan menerima darjah kebesaran dari sabah
Seramai lima menteri Persekutuan mendahului senarai 722 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-58 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Mereka adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman.Mereka dianugerahi darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Tahniah di atas penganugerahan Panglima Jasa Negara (P.J.N.) kepada Prof. Datuk Dr. Shariff Hamid
Tahniah diucapkan kepada Setiausaha Kelab UMNO Luar Negara, Prof. Datuk Dr. Shariff Hamid diatas penganugerahan Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk. Penganugerahan tersebut berlangsung di majlis pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011, sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Jun yang lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)