Sunday, May 5, 2013

Hanya BN yang mampu membela penduduk semporna

Tanggal 5/5/13 (Ahad) merupakan tarikh rakyat malaysia menentukan masa depan mereka. PILIHAN TERLETAK PADA RAKYAT. Sepanjang tempoh berkempen para penyokong dan petugas Barisan Nasional bahagian semporna berkerja keras untuk memenangi hati rakyat. Kalau dulu sebelum wujudnya PKR, PAS di semporna, kempen berjalan secara aman dan meriah. Tetapi kali ini tempoh berkempen berlangsung dalam suasana sedikit tegang. ALHAMDULILLAH penduduk semporna berjaya untuk tidak terlalu mengikut emosi. Syukur kepada Allah setakat artikel ini di tulis penduduk semporna masih waras. Cuma ada sedikit salah faham di antara petugas dan penyokong parti. Itu pun telah berjaya di selesaikan atas dasar sebangsa dan seagama. Bagi pengundi di semporna, tidak ada individu lain yang lebih layak untuk memacu masa depan malaysia ke arah yang lebih cemerlang selain Dato' Seri Panglima Shafie Apdal. Platform beliau dalam parti selaku Naib President UMNO, Menteri Persekutuan dan pernah menjadi pengerusi beberapa badan antarabangsa dan malaysia menjadi sandaran dan harapan kita. Ini terbukti dengan tekad beliau untuk memperjuangkan agar daerah tercintanya menjadi sebahagian dari ESSCOM, Membawa pelbagai agensi di bawah kementerian yang di ketuainya ke daerah ini. Kehilangan beliau bermakna kita membantutkan pembangunan daerah kita. Lawan lawan beliau bukan sesiapa tetapi individu yang kecewa lalu menentang .Saudara Dr. Zamri bin Abdul Habi calon PKR dan Datu Badarudin Tun Mustafa calon Bebas Tajaan USNO Baru bukanlah layak melawan beliau. TIDAK ADA SATU PUN SUMBANGAN MEREKA DI DAERAH SEMPORNA. Oleh sebab itu mereka bukanlah pilihan penduduk semporna. Baanan Danakan, kamanakan daa talipat bi, hal Datuk Piing ru maka tabang kita. Jari undi um bi timbangan pahalu. Undi un bi kamemon calon timbangan ma sampulnak.

Sunday, February 19, 2012

PM perlu mandat rakyat

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memerlukan mandat daripada rakyat untuk terus membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Menurutnya, mandat itu penting kerana beliau akan meneruskan usaha dengan sedaya upayanya untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang terbilang.




"Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) saya telah pun menerima mandat dan sebagai Presiden UMNO, saya juga telah menerima mandat daripada parti dan kali ini saya perlukan mandat daripada rakyat,'' katanya dalam ucaptama pada Persidangan Cina Malaysia di Persimpangan Politik yang turut dihadiri Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek di sini hari ini.

Persidangan dan debat tersebut dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) bersama-sama agensi pemikir MCA, Institut Analisis Strategik Dan Penyelidikan Dasar (Insap).

Perdana Menteri turut menegaskan, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-3) yang dijangka diadakan tidak lama lagi bukan untuk dirinya tetapi adalah untuk masa depan Malaysia.

"Saya sendiri tidak tahu bila pilihan raya itu akan diadakan, namun saya ingin tegaskan ia bukan soal diri saya tetapi masa depan rakyat. Justeru saya harap rakyat dapat membuat pilihan yang betul,'' katanya.

Tegas beliau, Malaysia akan menjadi lebih kuat di bawah kepimpinan BN.

"Kalau anda berada di persimpangan jalan, ambillah arah yang betul. Kalau anda ambil arah yang betul, saya yakin kita akan dapat melakukan transformasi terhadap Malaysia.

"Kita akan berada di barisan hadapan negara, kita akan berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, yang boleh kita banggakan,'' ujarnya.

Beliau juga berharap, persidangan tersebut akan dapat memberi isyarat yang betul untuk BN dan terus mendapat sokongan daripada rakyat.

Sumber : Utusan Online

Monday, November 21, 2011

Parlimen P.189 Semporna kekal kubu kuat BN disabah.

PRU 13 semakin hampir. Ramai yang mengatakan bahawa pilihanraya kali ini akan ada kejutan. Sama ada kejutan dari BN atau pakatan Pembangkang. Parti-parti politik juga sudah memukul gendang untuk memulakan kempen. Kempen kedai kopi, kempen media sosial dan bermacam bentuk kempen untuk meraih sokongan. Perdana Menteri pun sudah memberikan klu siapa calon yang terpilih untuk mewakili Barisan Nasional pada pilihanraya nanti."Win Able Candidate" (Calon yang boleh menang) akan dipilih setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk sokongan akar umbi.

Saya yakin siapa jua yang dipilih untuk mewakili Barisan Nasional di tiga DUN semporna juga akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari pengundi disana. Semua ini adalah berkat usaha gigih Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Bin Hj Apdal selaku ahli parlimen semporna dalam membangunkan pekan yang paling hujung di tenggara sabah itu. Siapa sangka pekan semporna sudah semakmur itu. Sudah berapa kementerian yang diterajui Datuk Seri, tetapi setiap kali itulah beliau menyalurkan pembangunan bersesuaian dengan mandat yang diberi.


Atas sebab itulah saya merasakan bahawa beliau akan diberi mandat sekali lagi oleh pengundi P.189 semporna. Melihat sokongan yang tidak berbelah bagi dari mereka maka P.189 akan mengekalkan tradisinya sebagai kubu kuat BN di sabah, malah kali ini dengan majoriti yang lebih besar.

5 menteri persekutuan menerima darjah kebesaran dari sabah

Seramai lima menteri Persekutuan mendahului senarai 722 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena ulang tahun ke-58 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Mereka adalah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman.Mereka dianugerahi darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Tahniah di atas penganugerahan Panglima Jasa Negara (P.J.N.) kepada Prof. Datuk Dr. Shariff Hamid

Tahniah diucapkan kepada Setiausaha Kelab UMNO Luar Negara, Prof. Datuk Dr. Shariff Hamid diatas penganugerahan Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk. Penganugerahan tersebut berlangsung di majlis pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan Tahun 2011, sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 4 Jun yang lalu.

Friday, December 10, 2010

Benarkah pekan semporna kotor dan tidak bersih....

Kenyataan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun melabelkan pekan semporna sebagai bandar terkotor di negeri sabah ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri. Sebagai menteri yang bertanggung jawab terhadap sektor pelancongan sabah, beliau seharusnya lebih bertanggung jawab apabila mengeluarkan kenyataan tersebut dan lebih-lebih lagi pulau sipadan yang terkenal dikalangan pelancong luar negara terletak di daerah semporna. Memberikan imej yang buruk terhadap semporna bukan penyelesaiannya.

Persoalannya banyak cara yang beliau boleh gunakan untuk menyampaikan mesej tersebut kepada Majlis Daerah Semporna (MDS), wakil rakyat semporna dan penduduknya, tetapi mengapa beliau memilih membuat kenyataan akhbar. Atau Yang Berhormat tersilap medium perantara dalam menyampaikan "friendly message". Apapun sebagai menteri yang bertanggung jawab banyak pendekatan yang beliau boleh ambil seperti, merangka program - program tentang kesedaran pentingnya kebersihan kepada penduduk semporna, mendidik bagaimana memulihara alam sekitar dan menerangkan bagaimana kebersihan turut membantu dan merangsang sektor pelancongan. Ingin saya tegaskan bahawa kerajaan malaysia memperuntukkan bajet yang cukup besar untuk modal insan. Malah perdana menteri yang terdahulu hingga sekarang masih terus mengekalkan polisi yang serupa. Kejayaan Wawasan 2020 juga akan diukur dari kejayaan modal insan rakyat malaysia. Perkara ini seakan - akan hampir tidak disedari oleh yang berhormat menteri. Salahkah jika YB gunakan peruntukan yang sedia ada untuk menjayakan kempen dan program - program kebersihan.

Kepada penduduk semporna, marilah kita ambil positif teguran YB menteri. Tanggung jawab kebersihan bukan hanya terletak di bahu Menteri dan Wakil Rakyat, tetapi pada kita semua juga. Imej pekan semporna harus kita pertahankan. Isu kebersihan bukannya isu politik tetapi sahsiah diri dan masyarakat. Ayuh semua rakyat semporna buktikan kita bukan seperti YB Menteri katakan. Harapan kita pula janganlah isu ini dipolitikkan oleh golongan yang ingin meraih kepopularan dan berkepentingan politik.

Monday, February 15, 2010

Jawapan kepada Ketua Cabang PKR Semporna Hj. Md Abdul Wahab

Petikan dari laporan Sabahdaily.

“Saya cukup kesal dengan laporan media kerana kami di sini bukan sahaja terancam dari segi keselamatan tetapi juga pihak berkuasa seolah-olah ‘redha’ dengan kebanjiran warga asing dari Filipina di Semporna,” katanya, sambil memberitahu sejumlah 80 peratus warga asing dari Filipina mendominasi pulau itu sehingga kini.

“Kejadian seperti pecah rumah, dadah dan kecurian harta benda bukan lagi sesuatu yang asing di sini dan anda bayangkan ancaman keselamatan yang terpaksa kami harungi berpuluh-puluh tahun,” katanya kepada erapakatan.com


Jawapan Kami:-


>> Kepada Tuan Hj. Md Abd Wahab, saya juga merasa sangsi dengan kenyataan tuan Hj yang cukup kesal dengan laporan media kerana penduduk semporna merasa terancam keselamatannya. Laporan media yang macam apa,kenapa dan bagaimana yang menyebabkan Tuan Hj merasa terancam. Adakah laporan media luar negara yang menyatakan perairan disabah khususnya di semporna tidak selamat atau pernahkah pihak media malaysia melaporkan bahawa daerah semporna tidak selamat untuk diduduki. Ada banyak contoh yang kita boleh lihat pembangunan pesat daerah semporna. Dan yang paling penting sekali ialah ada berapa ramai anak-anak muda semporna yang berpelajaran tinggi. Diantara mereka sudah ramai yang memegang jawatan penting dalam kerajaan. Tidak kurang juga yang berjaya dalam bidang perniagaan. Satu kejayaan kepada penduduk semporna. Ini semua adalah hasil usaha pemimpin terdahulu dan sekarang yang juga anak watan semporna. Lihatlah pembangunan pesat semporna jika dibandingkan dengan daerah-daerah yang sepertinya dahulu. Dari segi kemudahan pembelajaran untuk generasi baru sekarang, kalau dulu cuma ada beberapa buah sekolah yang ada di pulau bum-bum. Tetapi sekarang sekolah boleh dikatakan ada disetiap kampung-kampung di serata pulau. Malah hasil usaha pemimpin kita, dalam rancangan malaysia ke-9, tanah besar semporna akan dihubungkan ke pulau bum-bum melalui projek pembinaan jambatan oleh kerajaan persekutuan. Ini akan meningkatkan lagi pendapatan isi rumah penduduk. Salah sebuah sekolah menengah agama di sabah terletak di semporna. Bayangkan ada berapa sekolah menengah agama bantuan penuh kerajaan yang ada di sabah. Mungkin tidak lebih dari 5 buah.

Pengkalan tentera laut juga ada di sana. Terima Kasih kepada usaha Yg Bhg Dato' Seri Hj. Muhammad Shafie Bin Hj Apdal, Ahli Parlimen semporna kerana hasil usaha beliau berdirinya Pengkalan Tentera Laut disana. Banyak lagi pembangunan yang menyusul selepas itu. Untuk menempatkan semporna di kalender pelancongan sabah dan malaysia adalah hasil bantuan berterusan Dato' Seri Shafie dengan kemeriahan pesta acara regata lepa-lepa pada april setiap tahun. Adalah ruang bagi masyarakat kita disana untuk berhibur dan mengenali dengan lebih dekat artis-artis popular tanah air walaupun secara geografinya semporna terletak di penghujung sebelah timur peta malaysia.

Sebagai warga semporna kita sepatutnya memahami tugas yang disandang oleh DSSA sebagai menteri persekutuan. Tanggungjawab beliau bukan setakat pada semporna, tetapi pada seluruh malaysia. Kita perlu sedar bahawa kita perlu berkongsi beliau dengan yang lain. Selagi tanggungjawab dipenuhi, saya tidak nampak sebab untuk kita tidak menyokong beliau.

Kejadian pecah rumah pula jarang-jarang berlaku. Sepanjang pengatahuan saya setakat artikel ini ditulis, memang tidak ada keluhan dan rintihan yang saya dengar daripada warga semporna.Mungkin kalau ada pun ia merupakan kes terpencil dimana saya melihat ini sebagai tanggungjawab sosial setiap warga semporna terhadap masyarakat. Ia merupakan tanggungjawab bersama dalam membenteras jenayah dan juga tanggungjawab ketua keluarga terhadap keluarganya. Janganlah pula anak jadi pencuri dan penagih dadah maka wakil rakyat pula yang disalahkan. Kita haruslah tahu membezakan tugas-tugas yang dipertangungjawabkan kepada wakil rakyat dengan tugas kita sebagai pemimpin tempatan dan ketua keluarga

Wassalam.